SELUDUP ROKOK BERNILAI HAMPIR RM3 JUTA GUNA TOYOTA VELLFIRE

Pada 19 Februari 2025, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan sindiket penyeludupan rokok yang menggunakan kenderaan mewah Toyota Vellfire untuk mengangkut rokok seludup.

Dalam serbuan di Kampung Peringat, Kota Bharu, pihak berkuasa merampas 3,225,400 batang rokok dan sebuah Toyota Vellfire bernilai RM150,000, dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM2.9 juta.

Sindiket ini menggunakan rumah sewaan sebagai stor transit sebelum rokok disebarkan secara haram.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, yang memperuntukkan denda atau penjara bagi pesalah.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …