MANTAI PUASA NEGERI SEMBILAN: SUBSIDI RM1.9 JUTA, BARANGAN RAMADAN LEBIH MURAH

Penganjuran Mantai Puasa Negeri Sembilan di 49 lokasi terpilih bermula 25 Februari hingga 2 Mac ini memperuntukkan subsidi mencecah RM1.9 juta. Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, inisiatif di bawah Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) itu menarik pengunjung mendapatkan barangan mentah dengan harga lebih rendah dari pasaran.

Menurutnya, antara barangan yang mendapat perhatian pengunjung ialah daging lembu tempatan bertulang yang dijual pada harga serendah RM25 hingga RM28 per kilogram (kg). Harga ditawarkan itu adalah lebih rendah berbanding RM36 hingga RM40 pada hari biasa. Pelbagai barangan keperluan utama semasa Ramadan turut diketengahkan termasuk beras pulut, ketupat, santan dan lain-lain.

Turut dilaksanakan ialah PJRM @ Pasar di Negeri Sembilan menawarkan jualan barangan dengan harga 30 peratus lebih rendah membabitkan subsidi hampir RM38,000. Program tersebut akan diteruskan di pasar-pasar terpilih dari tujuh daerah dalam negeri sepanjang tahun ini.

Pada masa sama, KPDN Negeri Sembilan juga bercadang untuk meneruskan momentum PJRM dengan pelaksanaan PJRM Mantai Raya serta mempelawa seluruh rakyat untuk terus menyokong inisiatif Payung Rahmah ini dengan berbelanja di lokasi-lokasi PJRM yang ditetapkan.

Maklumat lanjut mengenai PJRM peringkat Negeri Sembilan boleh dirujuk di media sosial KPDN Negeri Sembilan Facebook: KPDN Negeri Sembilan, Instagram: @kpdnns, TikTok: @kpdnns dan X: @KPDNNSembilan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …