pada 22 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan kambing di Kampung Seri Merbau, Pasir Mas, Kelantan.
Sebuah lori yang mencurigakan telah diperiksa, dan mendapati terdapat 20 ekor kambing biri-biri dengan anggaran berat lebih 600 kg di dalam lori tersebut.
Nilai rampasan dianggarkan RM 115,000.00, termasuk nilai lori.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.
Barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi