PM TERIMA KUNJUNGAN MB KELANTAN: BINCANG KEBAJIKAN RAKYAT

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan pentingnya kepedulian terhadap kebajikan rakyat sebagai keutamaan dalam pengurusan negara.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra, Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan usaha meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, termasuk isu-isu seperti projek tebatan banjir, pembangunan di sempadan, serta projek infrastruktur seperti penjajaran jalan dan pengurusan air.

Anwar turut menekankan agar kebajikan rakyat diuruskan dengan baik dan terus menjadi fokus utama.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …