PM JAMIN PERCEPAT PLSB SUNGAI GOLOK, JIMAT KOS RM1.7 BILION

Kerajaan memberi jaminan bahawa proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek bagi menangani masalah banjir di negeri tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut memaklumkan bahawa fasa I, II dan III projek tebatan banjir di Rantau Panjang akan disenggara oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penggabungan tiga fasa projek ini dijangka menghasilkan penjimatan kos RM1.7 bilion dan RM2 bilion tambahan perbelanjaan.

Anwar juga menjelaskan bahawa kerajaan mempercepatkan pengambilan tanah untuk projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) di Johor dengan kos RM1.64 bilion, serta projek di Batu Pahat dan Ledang yang dijadualkan 12 bulan lebih awal dari unjuran asal.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …