Pada 16 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di pangkalan haram Hassan Merah, Rantau Panjang, Kelantan pada jam 7 pagi semasa operasi Op Taring Wawasan.
Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas cuba melarikan diri dan membuang bungkusan disyaki berisi dadah.
Pemeriksaan menemui 34 kotak berisi lebih 16kg ganja yang dipercayai untuk pasaran tempatan.
Nilai rampasan dianggarkan RM 50,184.70. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek serta barang rampasan dibawa ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi