ANAK POKOK KERUING BERNILAI RM 2.5 JUTA DIRAMPAS DI KELANTAN

Pada 15 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman di jalan Gual Tinggi, Rantau Panjang, dengan menahan sebuah lori yang mencurigakan pada jam 9.15 malam.

Pemeriksaan mendapati lebih 5000 anak pokok Keruing yang dipercayai diseludup dari Thailand.

Tanaman tersebut disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit.

Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan sebagai suspek yang dipercayai akan menghantar tanaman ke sebuah nurseri di Jerantut, Pahang.

Nilai rampasan dianggarkan RM 2.5 juta dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MELAKA-CHONGQING TEROKA POTENSI KERJASAMA PENGURUSAN BANDAR MAMPAN

Ayer Keroh – Melaka terus memperkukuh hubungan strategik dan kepakaran bersama rakan antarabangsa menerusi lawatan kerja teknikal ke Bandar Chongqing, …

DULU SURI RUMAH, KINI PEMBUAT BATIK

Machap Jaya – Bermula dengan hanya ‘langkah kecil’ meluangkan masa kira-kira seminggu mempelajari pembuatan batik, sekumpulan suri rumah di Felda …

SUMBANG BERAS UNTUK ORANG KAMPUNG SETIAP DUA MINGGU

Durian Tunggal – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil akan memperkenalkan satu program baharu bagi …