PEKERJA, PENIAGA WARGA ASING DILARANG BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN

Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan bertindak lebih tegas dalam melakukan penguatkuasaan di bazar Ramadan di Negeri Sembilan bagi memastikan tiada pekerja dan peniaga warga asing berniaga di tapak berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

Tapak bazar Ramadan adalah untuk peniaga tempatan mendapatkan sumber pendapatan tambahan, jadi pada kali ini kita akan bertindak lebih agresif agar tiada pihak luar mengambil kesempatan berniaga di bazar Ramadan. Jika didapati ada peniaga tempatan cuba melaksanakan ‘Ali Baba’ sewakan tapak bazar kepada warga asing, mereka akan dikenakan tindakan tegas dan disenarai hitam untuk tahun hadapan.

Masyarakat juga perlu tahu tiada lesen diberikan kepada warga asing untuk berniaga di mana-mana tempat sama ada di pasar malam atau bazar Ramadan. Hanya peniaga tempatan dibenarkan berniaga, pemohon juga diingatkan tidak menjual tapak bazar dengan harga tinggi kepada pihak ketiga.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …