NEGERI SEMBILAN SASAR KUTIPAN SISA KITAR SEMULA 300 TAN TAHUN INI

Negeri Sembilan menyasarkan kutipan sisa kitar semula meningkat kepada 300 tan pada tahun ini berbanding 200 tan tahun lepas.

Menurut Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, sasaran itu mampu dicapai melalui kempen kesedaran dijalankan selain penyediaan fasiliti tiga pusat pandu lalu KitaRecyle (PPLK) di Seremban dan Tampin di susuli Port Dickson yang akan beroperasi dalam masa terdekat.

Menurutnya, kempen pengasingan sisa di punca ini akan terus dipergiat melalui usahasama bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), SWM Environment serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) terutama semasa pengoperasian bazar Ramadan bulan depan.

Bagi bazar Ramadan di Tampin, peniaga boleh menggunakan kemudahan PPLK berhampiran padang serbaguna untuk membuang sisa plastik, tin dan botol. Pihaknya juga akan meneruskan kempen sama di bazar Ramadan supaya pengguna tahu kerajaan negeri ada menyediakan kemudahan pusat kitar semula di kawasan mereka.

SWM Environment turut menyediakan tong sampah mencukupi bagi pengasingan sisa kitar semula sepanjang operasi bazar Ramadan di beberapa lokasi. Kerajaan negeri turut mempergiat kempen larangan penggunaan beg plastik sekali Guna, polistirena serta penyedut minuman dalam usaha menyokong kelestarian alam.

Di seluruh Negeri Sembilan semua premis perniagaan digalakkan supaya mematuhi polisi ditetapkan kerajaan negeri iaitu larangan penggunaan plastik sekali guna dan digantikan kepada jenis biodegrasi. Begitu juga bekas makanan, kerajaan negeri mahu menggalakkan pengguna menggantikannya dengan bahan mudah lupus atau mudah terurai.

Polisi itu telah dilaksana sejak tahun lepas dan kempen pada tahun ini dimulakan dengan larangan di bazar Ramadan. Kerajaan negeri telah berikan masa yang panjang untuk mendidik masyarakat dan kita harap usaha ini mendapat sokongan dalam kalangan peniaga dan pengguna. Jika tindakan penguatkuasaan diambil, peniaga berdepan denda namun kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk memberi masa mendidik masyarakat beradaptasi dengan polisi larangan tersebut.  Polisi larangan itu telah dikemas kini menerusi syarat pembaharuan lesen niaga bagi setiap PBT.

PPLK di Tampin merupakan sebahagian daripada Belanjawan Negeri Sembilan 2024: Aspirasi Perpaduan Kerajaan Negeri Sembilan (UPEN), MDT dan SWM Environment untuk merancakkan lagi program kitar semula di negeri berkenaan. PPLK itu dilengkapi sistem pengawasan kamera selain menggunakan tenaga solar sepenuhnya bagi pencahayaan.

Orang ramai perlu mendaftar menjadi ahli KitaRecyle di aplikasi KitaRecyle secara percuma sebelum diberikan kod QR bagi pengumpulan mata yang boleh ditebus tunai menerusi perbankan dalam talian.

Bagi tujuan itu, pengguna perlu memastikan barangan yang boleh di kitar semula itu diasingkan mengikut kategori kertas, plastik dan lain-lain, sebelum diikat dan dibungkus dengan kemas sebelum menampak kod QR ahli bagi pengumpulan mata ganjaran.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …