BANJIR SABAH PULIH, PPS TERAKHIR DI KINABATANGAN DITUTUP MALAM TADI

Gambar fail BERNAMA

KOTA KINABALU: Bencana banjir di Sabah kini pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir Sekolah Kebangsaan Sukau di Kinabatangan, ditutup secara rasmi pada malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu 54 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di PPS itu, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Keputusan ini dibuat selaras dengan cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinabatangan dan pemantauan agensi berkaitan di kawasan terlibat.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang memberi kerjasama semasa bencana banjir ini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …