KEBOCORAN GAS PUNCA LETUPAN STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR

Kebocoran gas pada saluran paip HRSG/PD2A di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar di sini dipercayai punca berlakunya letupan pada malam Khamis. Menurut Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Kamal Mohd Timar, letupan jam 9.09 malam terbabit bagaimanapun tidak melibatkan kebakaran pada struktur bangunan.

Kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan dan struktur khas pada stesen janakuasa. Siasatan lanjut masih dilakukan dan bacaan O2 atau oksigen di luar bangunan didapati dalam keadaan terkawal dan normal. Menurutnya, kejadian berlaku turut tidak melibatkan mangsa.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di Facebook TNB CareLine memaklumkan kebakaran telah dipadam dan setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan kepada warga kerjanya mahupun orang awam. TNB sedang bekerjasama dengan bomba untuk meneruskan siasatan dan langkah kawalan keselamatan telah diambil.

Pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan. Secara keseluruhan operasi stesen janakuasa berada dalam keadaan terkawal. Pihaknya akan terus memberikan maklumat terkini apabila terdapat perkembangan baharu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

JPKN DIJENAMA SEMULA, PACU TRANSFORMASI DIGITAL SABAH

PENGHARGAAN: Ernywati menyampaikan cenderahati kepada Hassan sambil disaksikan James Ratib dalam majlis berkenaan. KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus memperkukuh agenda …

AWAS! DADAH BERBENTUK GULA-GULA

Sindiket dadah kini semakin licik dengan menyamarkan bahan terlarang dalam bentuk pil berwarna-warni yang menyerupai gula-gula atau kartun bagi mengelirukan …

LITAR KHAS UNTUK MAT REMPIT

Cadangan membina litar khas untuk mat rempit adalah bertujuan mengurangkan lumba haram di jalan raya, meningkatkan keselamatan awam dan menyalurkan minat belia …