ATLET PARA SUKMA MELAKA TERIMA INSENTIF BERJUMLAH RM99,775

Bandaraya Melaka – Seramai 20 atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Melaka menerima insentif keseluruhan berjumlah RM99,775 selepas mengharumkan nama Melaka pada temasya Para SUKMA Sarawak 2024.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri tidak melupakan sumbangan jasa dan bakti atlet, jurulatih serta pengurus pasukan yang berusaha keras mengharumkan nama Melaka pada temasya tersebut.

Katanya, seluruh kontinjen Para SUKMA Melaka telah mempamerkan pencapaian cemerlang dengan membawa pulang tujuh pingat emas, sembilan perak dan 11 gangsa.

“Semoga dengan insentif ini dapat menjadi pemangkin kepada atlet-atlet agar kekal bersemangat sehingga mencipta kejayaan yang luar biasa dalam sektor pembangunan sukan Negeri Melaka pada akan datang.

“Atas keprihatinan tinggi terhadap golongan orang kurang upaya (OKU), pelaksanaan Program Perhebat OKU menumpukan kepada pemantapan organisasi dan pasukan kontinjen Para SUKMA Melaka.

“Matlamat program ini adalah untuk memberi ruang kepada atlet para negeri bagi menjalani program latihan lebih sistematik selain membantu memenuhi keperluan atlet sebagai persediaan ke sukan para yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, matlamat pelaksanaan Program Perhebat OKU seperti yang diumumkan pada Bajet 2025 Negeri Melaka yang lalu, pastinya untuk memperkasa golongan terbabit.

Jelasnya, program tersebut akan dirancakkan lagi pelaksanaannya yang merangkumi pembangunan sukan peringkat akar umbi serta keperluan ekosistem sukan secara menyeluruh.

“Dengan usaha ini Melaka akan terus melahirkan atlet yang berbakat dan berkualiti, sekali gus mengharumkan nama negara dan negeri khususnya,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

AIDILFITRI: 1.6 JUTA KENDERAAN DIJANGKA GUNA LEBUH RAYA DI SELURUH SELANGOR

KAJANG, 25 Mac – Kira-kira 1.6 juta kenderaan dijangka keluar serta masuk ke Selangor sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Ketua …
Maklumat Lanjut

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) DIPERLUAS KEPADA 5.4 JUTA PENERIMA BERMULA 1 APRIL 2025

Bermula 1 April 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima! Bantuan akan dikreditkan secara bulanan ke …
Maklumat Lanjut

AIDILFITRI: 810,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK NEGERI SEMBILAN

Polis Negeri Sembilan menjangkakan 810,000 kenderaan akan memasuki negeri ini sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut