KES PENIPUAN PELABURAN MENINGKAT DI NEGERI SEMBILAN, PESARA RAMAI JADI MANGSA

Kes penipuan pelaburan di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan yang mendadak apabila merekodkan 44 kes sepanjang bulan lalu dengan jumlah kerugian RM4.16 juta.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, kebanyakan mangsa terdiri daripada pesara kerajaan, penganggur dan bekerja sendiri. Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati apabila memilih membuat pelaburan terutama yang melibatkan pelaburan dalam talian pembayaran ke akaun individu dan juga menjanjikan pulangan yang tinggi. Sila semak dengan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti bagi mengesahkan kesahihan sesebuah syarikat yang menawarkan pelaburan.

Menurutnya, pada tahun lalu, sebanyak 389 kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM22.8 juta. Sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,648 kertas siasatan dibuka di bawah pelbagai jenis kesalahan jenayah komersil dan 1,103 daripadanya telah dirujuk ke pejabat pendakwaraya untuk mendapat arahan pertuduhan. Dalam tempoh sama, sebanyak 8,734 laporan polis diterima berbanding tahun 2023 sebanyak 7,927 laporan.

Walaupun terdapat pengurangan jumlah kertas siasatan sebanyak 339 kes, namun jumlah kerugian meningkat sebanyak RM50 juta bagi tahun lalu berbanding tahun 2023 iaitu RM44 juta. Secara keseluruhan, penipuan dalam telefon dengan menyamar sebagai penguatkuasa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kastam dan pegawai bank merekodkan 180 kes dengan jumlah kerugian RM9.5juta. Kes penipuan tawaran pekerjaan yang melibatkan platform media sosial pula sebanyak 326 kes melibatkan kerugian berjumlah RM6.08 juta. Penipuan belian barang dalam talian sebanyak 659 kes melibatkan kerugian hampir RM4.4 juta dan tipu pinjaman tidak wujud pula sebanyak 357 kes berjumlah RM3.2juta.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut