𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗚𝗔𝗬𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Bertempat di Padang Kawad, IPD Barat Daya telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat: PT Jasmani 10,000 Langkah. Program ini dihadiri oleh ACP Sazalee bin Hj. Adam, Ketua Polis Daerah Barat Daya bersama Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai,pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis dengan jumlah keseluruhan seramai 54 orang.

Objektif program:
✔️ Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental warga IPD Barat Daya untuk memastikan mereka sentiasa bersedia menjalankan tugasan harian.
✔️ Menjamin kesihatan warga IPD Barat Daya berada dalam keadaan baik dan sihat.
✔️ Memupuk silaturrahim dan semangat kerjasama antara warga IPD Barat Daya.
✔️ Menyokong aspirasi pucuk pimpinan PDRM dalam menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga kerja.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …