RUNTUH: Sebuah jentera dihantar ke lokasi aduan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan akibat tanah runtuh yang menghalang laluan kenderaan.
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman bertindak segera sebaik sahaja menerima aduan dari penduduk setempat.
Penduduk melaporkan terdapat jalan tanah di kawasan perkuburan lima buah kampung di kawasan perkampungan Padang Tembak, Liawan runtuh dan mengakibatkan ia sukar dilalui oleh kenderaan.
Tanpa berlengah, pihak Annuar telah mengarahkan penghantaran sebuah jentera sebagai penyelesaian sementara supaya jalan itu dapat kembali berfungsi sehingga tindakan selanjutnya dapat diambil.
Usaha segera itu dapat memastikan pergerakan kenderaan dan meminimumkan kesulitan kepada penduduk setempat dan tindakan wakil rakyat itu amat dihargai masyarakat kampung.
Tindakannya bukan sahaja mencerminkan kecekapan sebagai wakil rakyat, malah menonjolkan jiwa kemanusiaan dan tanggungjawab yang mendalam terhadap rakyatnya.
Masyarakat setempat mengungkapkan rasa syukur kerana mempunyai pemimpin yang sentiasa berada di sisi mereka, terutama ketika menghadapi dugaan dan kesulitan.
Inilah erti sebenar kepimpinan yang bukan sekadar hadir pada waktu senang, tetapi juga bertindak pantas dan memberi sokongan nyata ketika rakyat memerlukan.
#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online