DUA CEDERA TERMASUK PEGAWAI BOMBA BANTUAN DALAM KEBAKARAN RUMAH

TERBAKAR: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

TENOM: Seorang Pegawai Bomba Bantuan (PBB) cedera terkena renjatan elektrik ketika melakukan operasi pemadaman sebuah rumah di Kampung Sri Menanti 3, Jalan Mandalom, di sini.

Mangsa Shah Daniel Moktar yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tenom.

Ketua BBP Tenom, Penolong Penguasa Bomba, Mudi Pangiran berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 11.14 malam Selasa.

Katanya, 11 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shahril Sulaiman tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Setiba di lokasi didapati sebuah rumah jenis kekal terbakar sepenuhnya. Sebuah kereta dan empat motosikal turut terbakar sepenuhnya.

“Terdapat seorang anggota PBB terkena renjatan elektrik dihantar ke hospital menggunakan kenderaan utiliti untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Anggota PBB masih menerima rawatan dan dilaporkan stabil manakala pemilik rumah lelaki dewasa turut cedera di bahagian kaki akibat terkena paku dan diberi rawatan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran empat pancutan dengan sumber air daripada jentera.

“Operasi terkawal pada jam 12.15 tengah malam dan seterusnya pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada bahaya lain dan operasi ditamatkan jam 1.04 pagi.

“Punca kejadian dan kerugian kebakaran itu masih dalam siasatan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …