DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Barat Daya telah menahan (1) lelaki di Gertak Sanggul, Mukim 8 Teluk Kumbar. Hasil pemeriksaan menemui (25) peket plastik lutsinar seberat (285.0) gram disyaki dadah jenis Heroin dan (3) peket plastik lutsinar seberat (2.10) gram disyaki dadah jenis Syabu. Nilai keseluruhan rampasan dadah sebanyak RM7,356.00.
Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Mop/Meth/Amp . Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 .
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484