VAKSIN INFLUENZA PERCUMA UNTUK WARGA EMAS

Mulai 18 Februari, warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit respiratori, jantung, obesiti, hipertensi, dislipidemia dan penyakit buah pinggang kronik boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma.

Program vaksinasi ini terbuka melalui aplikasi MySejahtera mulai 14 Februari dan tertakluk kepada ketersediaan vaksin secara berfasa.

Tujuan program ini adalah untuk melindungi lebih 170,000 warga emas berisiko tinggi daripada komplikasi serius akibat influenza.

Program ini merupakan pengembangan dari Program Imunisasi Influenza yang bermula pada 2006 dan selaras dengan Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023-2030.

KKM juga memastikan bekalan vaksin mencukupi walaupun terdapat kekurangan sementara di pasaran.

Orang ramai disarankan mendapatkan vaksin influenza sekali setahun, dengan waktu terbaik adalah pada Mac atau September.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …