π—”π— π—”π—‘π—œπ—§π—” 𝗧𝗨π—₯𝗨𝗑 π—£π—”π——π—”π—‘π—š

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Pasukan AMANITA IPD Barat Daya telah mengadakan sesi β€œEngagement Bersama Golongan Wanita” di Sunshine Square, Bayan Baru bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dan pencegahan jenayah dalam kalangan wanita.

Sepanjang program ini, pasukan AMANITA memberikan penerangan mengenai peranan mereka serta berkongsi maklumat berkaitan jenayah yang sering menyasarkan wanita, termasuk β€œLove Scam”, kes ragut dan gangguan seksual.

Turut diedarkan risalah digital dan pautan QR Code bagi membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat terkini tentang jenayah serta menyertai kajian keberkesanan program ini. Kad infoline dan nombor WhatsApp Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Barat Daya turut diberikan untuk memudahkan orang awam menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

Β Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …