TIKET WATER TAXI DUA HALA RM20 DARI JETI PENGKALAN RAMA 23 FEBRUARI INI

Bandaraya Melaka – Peminat muzik ‘rock’ bercadang menyaksikan Showcase kumpulan Barbarik boleh menggunakan perkhidmatan ‘water taxi’ untuk ke lokasi persembahan dijadualkan berlangsung di Restoran Hard Rock Cafe, Banda Hilir, 23 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, dengan harga tiket RM20 bagi perjalanan dua hala, tawaran itu dianggap sebagai amat berbaloi dan memberikan satu pengalaman unik kepada peminat.

Katanya, perkhidmatan water taxi sebagai alternatif untuk ke Restoran Hard Rock Kafe pada tarikh berkenaan akan bermula pada jam 6 petang.

“Sempena Showcase Barbarik yang dianggotai Muss (vokalis), Jo Branko (gitar), Rozaimi (bass) dan Ainol (dram) 23 Februari ini, kami di PPSPM mengajak pengunjung untuk mencuba perkhidmatan ini.

“Naik water taxi dari Jeti Pengkalan Rama ke Hard Rock Cafe adalah satu alternatif kepada peminat, perlu ingat tarikh 23 Februari jatuh pada Ahad, kebiasaan sekitar restoran itu ditutup bersempena Zon Bebas Kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas sesi preview makanan di Restoran Terapung Mendam Berahi di Pengkalan Rama, di sini, pada Isnin.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut