CUACA PANAS: BONGKAH AIS ‘BERVITAMIN’ UNTUK HAIWAN ZOO MELAKA

Pengkalan Batu – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyediakan bongkah ais bervitamin untuk haiwan-haiwan di Zoo Melaka sepanjang musim panas di negeri ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, bongkah ais tersebut disediakan bagi menjaga kesihatan haiwan di Zoo Melaka sekali gus mengelakkan dehidrasi.

“Semua haiwan akan diberikan bongkah ais bervitamin ini yang mana di dalamnya terdapat buah-buahan bagi memberi kesegaran pada cuaca panas.

“Biasanya penjaga zoo akan memberi bongkah ais ini pada waktu tengah hari, jumlah bongkah ais diberi mengikut jenis dan kapasiti haiwan di dalam kandang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Back To School MPHTJ bersempena Sambutan Hari Perbandaran MPHTJ Ke-15 dan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pengkalan Batu, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sapiah turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar pada musim cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan hingga pertengahan bulan depan.

“Kita memang nasihatkan masyarakat supaya jangan membakar sampah di kawasan terbuka sebab dengan keadaan cuaca yang panas kering ini ia akan merisikokan kita termasuk membawa kepada pencemaran udara,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …