PENGANJUR BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI JANGAN TEKAN PENIAGA – AMINUDDIN

Penganjur bazar Ramadan dan Aidilfitri di Negeri Sembilan diingatkan oleh  Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun supaya tidak menekan peniaga dengan menawarkan harga sewa tapak yang tinggi, kata Keadaan ini akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.

Biasanya di negeri ini ada badan bukan kerajaan atau kumpulan yang akan selaraskan tapak, mereka mohon daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing, mereka juga uruskan termasuk pengurusan sampah, api, air dan kebersihan dan di harap mereka dapat uruskan dengan baik

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada peniaga supaya sentiasa menjaga kebersihan tapak bazar masing-masing atau berdepan dengan tindakan saman serta deposit tidak dipulangkan.

Paling penting ialah kebersihan, mesti diuruskan dengan baik, saya telah beri amaran jangan tinggalkan sampah, contoh kalau pagi raya sampah bertebaran, saya tak nak pagi raya pekerja konsesi terpaksa kutip sampah.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut