DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Pada 3 Februari 2025, telah tular satu rakaman klip video di laman sosial tiktok memaparkan sebuah kenderaan dipandu di atas kaki lima pejalan kaki. Hasil semakan kejadian tersebut berlaku di George Town, Pulau Pinang. Pihak PDRM telah mengesan pemilik dan alamat kenderaan berkenaan seterusnya mengambil tindakan saman.
Tindakan ini membuktikan pihak polis sangat komited dalam menguatkuasakan peraturan jalan raya demi keselamatan semua. Orang ramai dinasihati agar tidak mengabaikan peraturan dan isyarat lalu lintas bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Sumber : IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANGΒ Β https://www.facebook.com/ipdtimurlaut



