PROJEK ECRL CAPAI KEMAJUAN 78.5 PERATUS

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini mencapai kemajuan 78.5% setakat Januari 2025, dengan fasa pertama dari Kota Bharu ke Gombak dijangka siap dan beroperasi pada Januari 2027.
Fasa kedua dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap pada Disember 2027 dan beroperasi pada Januari 2028.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memuji usaha Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company (CCCC) dalam memastikan kemajuan projek ini.
ECRL dijangka menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta menarik lebih banyak pelaburan dan peluang ekonomi untuk penduduk setempat.
Projek ini juga akan meningkatkan daya saing wilayah Pantai Timur.
Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …