APM BANTU 14 CALON SPM BERPINDAH DARI KAMPUNG TERJEJAS BANJIR

Gambar Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah

TONGOD: Sejumlah 14 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada empat kampung yang terjejas banjir telah dibawa dipindahkan oleh Agensi Pertahanan Awam (APM) ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tongod Left Muda (PA) Richie Hezron Pudil berkata operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.

Beliau berkata pelajar terlibat ialah enam dari Kampung Keramuak, lima dari Kampung Kuala Keramuak, dua (Kampung Kenang-Kenangan) dan seorang (Kampung Tenaga Baru) yang akan menduduki peperiksaan SPM esok.

“Penduduk kampung mengadu kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kuamut mengenai situasi banjir di kampung terbabit termasuk berkaitan calon SPM berkenaan.

“Susulan itu, UPPM memohon bantuan APM bagi pemindahan calon peperiksaan terbabit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dua bot digunakan bersama dua pegawai dan anggota APM terlibat dalam operasi pemindahan pelajar berkenaan.

Sementara itu, Richie Hezron berkata tinjauan APM mendapati air mula surut di kawasan yang terjejas banjir.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut