PERBEZAAN PINJAMAN : KREDIT KOMUNITI VS AHLONG

Kredit Komuniti

✔ Perjanjian pinjaman dibuat mengikut borang yang ditetapkan.
✔ Kadar faedah tetap:

  • Tidak melebihi 12% setahun bagi pinjaman bercagar.
  • Tidak melebihi 18% setahun bagi pinjaman tanpa cagaran.

✔ Denda lewat bayar bagi ansuran bulanan hanya 8% setahun.
✔ Jika peminjam gagal membayar balik hutang, tindakan hanya boleh diambil melalui tuntutan di mahkamah.
✔ Transaksi hanya boleh dilakukan di premis yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
✔ Kredit Komuniti perlu menghantar rekod transaksi tahunan kepada KPKT.


Ah Long

❌ Tiada perjanjian bertulis, hanya secara lisan.
❌ Kadar faedah berubah-ubah mengikut kehendak Ah Long.
❌ Denda lewat bayar sangat tinggi dengan tempoh pendek untuk pembayaran. Jika gagal, denda akan berganda.
❌ Ah Long sering menggunakan kekerasan terhadap peminjam yang ingkar.
❌ Tiada alamat tetap, atau alamat sering berubah.
❌ Tiada laporan pinjaman yang dikemukakan kepada mana-mana pihak berkuasa.


Sumber: KPKT Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …