10,000 KUPON PERCUMA UNTUK PENGUNJUNG RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA

Ayer Keroh – Sebanyak 10,000 kupon percuma bernilai RM15 disediakan buat pengunjung yang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2025 Melaka pada 8 Februari ini.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata majlis yang bermula dari jam 6 petang hingga 11 malam itu dijadualkan berlangsung di Jalan Rahmat 4, Malim Jaya.

“Orang ramai boleh mendapatkan kupon percuma pada tarikh dan waktu ditetapkan, pelbagai aktiviti turut disusun untuk memeriahkan sambutan seperti tarian singa, tarian naga, persembahan yoyo Cina serta persembahan kebudayaan.

“Kita buka 60 gerai menyediakan hidangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Semua orang Melaka tanpa mengira kaum dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Allex Seah, antara hidangan disediakan untuk pengunjung adalah kuih keria, kuih udang Alor Gajah, mi goreng lambak, bihun goreng, ayam gunting dan pelbagai lagi.

“Jadi saya menjemput orang ramai untuk datang ke rumah terbuka ini, sekali gus mengeratkan silaturahim antara satu sama lain,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut