PGA RAMPAS TANAMAN HIASAN BERNILAI RM125 RIBU DI KELANTAN

Pada 2 Februari 2025, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan tanaman hiasan jenis Bromeliad dari Thailand di Sekatan Jalan Raya Lalang Pepuyu, Kelantan.
Sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan semasa operasi Op Taring WAWASAN.
Pemeriksaan mendapati tanaman tersebut diseludup dan dipercayai mengandungi serangga perosak serta penyakit.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM125,000.00.
Suspek dan barang rampasan dibawa ke Jabatan Pertanian Kota Bharu untuk tindakan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …