RM480 RIBU BARANGAN RUNCIT DISELUDUP DARI THAILAND DIRAMPAS PGA

Pada 31 Januari 2025, dalam Op Taring Wawasan Kelantan, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan barangan runcit di Sekatan Jalan Raya (SJR) Chabang Empat Salam, Rantau Panjang, Kelantan. Pada sekitar jam 2 petang, sebuah treler yang berada dalam keadaan mencurigakan telah ditahan semasa pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati treler tersebut membawa barangan runcit yang dipercayai diseludup dari Thailand, disorokkan di tengah-tengah muatan barang lain tanpa permit yang sah. Nilai keseluruhan rampasan termasuk treler dianggarkan RM480,000.00.

Pemandu treler, seorang lelaki Melayu berumur 53 tahun, dipercayai bertindak sebagai penghantar barangan untuk dijual di pasaran tempatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983, dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti serta KKM Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …