13 EKOR LEMBU SELUDUP DARI THAILAND DIRAMPAS PGA

Pada 30 Januari 2024, dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu di Kampung Bakong, Pasir Mas, Kelantan. Pada sekitar jam 2.35 pagi, sebuah lori Isuzu yang dipandu secara mencurigakan telah ditahan.

Hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa 13 ekor lembu dengan anggaran berat lebih 8450 kg, yang dipercayai diseludup dari Thailand melalui pengkalan haram tanpa dokumen yang sah. Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan RM226,750.00.

Suspek, seorang lelaki Melayu berumur 47 tahun, dipercayai bertindak sebagai penghantar lembu untuk pasaran tempatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan suspek serta barang rampasan telah diserahkan ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …