PGA RAMPAS LEBIH RM1.7 JUTA ROKOK DI KELANTAN

Pada 23 Januari 2025, Ibu Pejabat dan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara  berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok di Kelantan dalam Op Taring WAWASAN.

Seorang lelaki ditahan di sebuah warung di Kota Bharu dan hasil soal siasat membawa kepada serbuan di rumah suspek, yang menemukan 13 karton rokok bernilai RM4,862.00.00.

Pada keesokan harinya, dua lagi serbuan di Pulau Tengkorak, Tumpat dan sebuah kilang kayu di Tanah Merah membawa kepada penemuan 4,600 karton rokok tanpa cukai bernilai RM1,725,262.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan hasil rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut