OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi.
KOTA KINABALU: Dua rumah dan kedai runcit musnah dalam kebakaran di Kampung Delima Melayu, Manggatal, di sini, awal pagi Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu berkata, laporan kejadian diterima pada jam 1 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, operasi memadam kebakaran turut dibantu BBP Lintas.
“Kebakaran membabitkan dua rumah dan sebuah kedai runcit dua tingkat.
“Pasukan bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran dan empat pancutan dari sumber air jentera bomba,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kedua-dua struktur berkenaan terbakar sepenuhnya dan operasi terkawal pada jam 1.45 pagi.
“Tiada kecederaan dan mangsa dilaporkan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.40 pagi.
“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya
#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online