PEMANDU LORI TERTIMBUS DITEMUKAN MAUT SELEPAS HAMPIR 19 JAM USAHA MENGELUARKANNYA

OPERASI: Pasukan bomba mengalihkan 60 hingga 70 batang tiang elektrik sebelum mengalihkan mangsa.

RANAU: Usaha menyelamatkan seorang pemandu lori yang membawa muatan tiang elektrik mengambil masa hampir 19 jam selepas treler yang dipandunya itu terbabas ke dalam gaung sedalam 50 meter di Kampung Nabutan, di sini.

Mangsa berumur 30 tahun akhirnya berjaya dikeluarkan jam 2.50 pagi Jumaat sebelum mangsa yang ditemukan tertimbus dengan tanah disahkan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.41 pagi dan ketika tiba di lokasi didapati sebuah treler dengan muatan tiang elektrik jenis konkrit terbabas dan terjunam ke gaung.

“Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu tertimbus di bawah treler. Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dengan kaedah mengorek tanah menggunakan peralatan khas namun gagal.

“Pasukan bomba terpaksa menggunakan bantuan kren dari Kota Kinabalu dan tiba kira-kira jam 6 petang.

“Kerja-kerja mengangkat treler dijalankan tetapi tidak berjaya dengan tiga kali percubaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pada jam 7.50 malam, teknik diubah dengan mengalihkan tiang-tiang elektrik sebanyak 60 hingga 70 batang.

“Seterusnya pasukan bomba dengan kaedah mengorek timbunan tanah menggunakan peralatan khas akhirnya mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.50 pagi Jumaat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, operasi penyelamatan dijalankan 13 anggota termasuk pegawai dengan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), syarikat kren dan keluarga mangsa.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada 3.12 pagi,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …