SABAH BERI BANTUAN BULANAN RM300 UNTUK GOLONGAN MISKIN BERMULA FEBRUARI

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.

“Menerusi inisiatif yang akan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) ini, kami berharap ia dapat membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Selain itu, Hajiji turut mengarahkan kesemua ketua jabatan untuk memantau rapi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini bagi mengelak daripada menjadi projek sakit dan terbengkalai.

“Saya menyeru kesemua ketua jabatan, bukan sahaja di bawah Jabatan Ketua Menteri tetapi juga di kementerian lain termasuk pegawai daerah.

“Saya ingin mengingatkan semua pegawai kerajaan negeri supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti dan memastikan projek untuk rakyat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut