APMM KELANTAN TAHAN 14 PATI BERHIMPIT DALAM BOT PANCING

Pada Isnin lalu (20 Januari 2025), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar, termasuk seorang wanita dan anak lelakinya.

Mereka ditahan ketika cuba memasuki Malaysia melalui Sungai Kuala Besar dengan menaiki bot fiber yang disembunyikan sebagai bot memancing.

Penahanan dilakukan selepas anggotanya mengejar bot tersebut selama 40 minit.

Pemeriksaan mendapati lapan daripada mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan, sementara enam lagi tidak memiliki dokumen sah.

Tekong bot melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Maritim Kelantan sedang menyiasat kemungkinan mereka akan dibawa ke negeri lain atau terlibat dalam pemerdagangan manusia.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 26(J) ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …