KELANTAN NAIKKAN ELAUN PENGAYUH BECA RM500 SEBULAN

Kerajaan Kelantan baru-baru ini mengumumkan kenaikan elaun bulanan untuk pengayuh beca daripada RM100 kepada RM500, yang bermula Januari 2025.

Keputusan ini dibuat sebagai penghargaan kepada pengayuh beca yang dianggap sebagai “duta kecil” pelancongan negeri.

Ini kerana pengayuh beca memainkan peranan penting dalam mempromosikan budaya dan warisan Kelantan kepada pelancong.

Pada majlis yang diadakan, 13 daripada 15 pengayuh beca yang berdaftar menerima elaun baru serta bantuan barangan dapur.

Dengan inisiatif ini, kerajaan berharap dapat membantu meringankan beban golongan pengayuh beca dan turut menyokong perkembangan sektor pelancongan Kelantan.

Kerajaan Negeri turut menekankan pentingnya melestarikan beca sebagai ikon pelancongan negeri walaupun jumlah pengayuh beca kini hanya tinggal 15 orang.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut