PULUT LEPA: NOSTALGIA LEBIH 100 TAHUN JUADAH TRADISIONAL TERENGGANU

Hidangan Pulut Lepa dipercayai berasal dari keperluan makanan praktikal masyarakat pantai timur dahulu kala; khususnya di Negeri Terengganu yang terdiri daripada nelayan, pedagang dan pengembara. Pulut lepa dicipta sebagai bekalan makanan yang mudah dibawa, tahan lama dan mengenyangkan. Pulut dimasak bersama santan memberikan sumber tenaga manakala inti ikan yang dicampur kelapa parut dan rempah menjadi pelengkap kepada sumber protein. Pada waktu itu, bahan-bahan penyediaan pulut lepa mudah diperolehi di kawasan penempatan masyarakat di pesisir pantai selain barangan seperti rempah ratus yang dibawa oleh pedagang luar.

Hidangan ini bukan sahaja memperlihatkan kreativiti masyarakat pantai timur dalam mencipta juadah praktikal sebagai alas perut sementara meneruskan urusan seharian; malah ianya turut menjadi simbol budaya yang kekal sehingga ke hari ini. Setiap kali makan pulut lepa, terbayang nelayan dan pedagang yang pernah bergantung pada makanan ini untuk kekal bertenaga. Unik!

Sumber: Terengganu Voice

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut