BEZA LABEL: GUNA SEBELUM VS BAIK SEBELUM

Apabila membeli makanan, pernah atau tidak kita perasan label “Guna Sebelum” dan “Baik Sebelum”? Nampak macam sama, tetapi sebenarnya kedua-dua ini ada maksud berbeza. Kalau salah faham, boleh jadi punca makanan dibazirkan! ❌🍞

💡 Apa maksud label ni?

  1. GUNA SEBELUM

👉    Tarikh terakhir untuk guna sebelum rosak. Selepas tarikh ni, makanan tidak selamat dimakan;

👉    Contoh: Produk segar seperti daging mentah, susu, atau ayam.

👉    Tips elak pembaziran: Rancang menu sebelum beli, supaya makanan sempat dihabiskan sebelum tarikh ini.

  1. BAIK SEBELUM

👉    Kualiti terbaik sebelum tarikh ini. Masih boleh dimakan selepas tarikh itu, asalkan bau, warna dan rasa tidak berubah;

👉    Contoh: biskut, sos dalam botol atau beras;

👉    Tips elak pembaziran: Gunakan dahulu makanan sebelum tarikh ini, supaya tidak disimpan terlalu lama.

🚫    Jangan guna label ini sebagai alasan untuk membazir. Label ini bukan menyuruh kita membuang makanan begitu sahaja, tetapi ia mengingatkan kita supaya fikir dahulu sebelum membeli. Sekiranya sudah tahu kita tidak sempat guna atau habiskan, beli dalam kuantiti kecil sahaja.

🌍    Jom kurangkan pembaziran makanan di rumah. Setiap langkah kecil yang kita buat, ada impak besar untuk alam sekitar.

 

Sumber: Laman Facebook Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp

              Infografik dari laman KPDN

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …