PGA RAMPAS TANAMAN HIASAN BERNILAI LEBIH RM700 RIBU DI KELANTAN

Pada 17 Januari 2025, Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan tanaman hiasan di SMK Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.
Tangkapan dilakukan sekitar jam 12.15 pagi semasa rondaan Op Taring WAWASAN Kelantan apabila sepasukan anggota PGA menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan mendapati lori tersebut mengangkut 3,800 anak pokok orkid dan 2 kotak pancang buluh yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

Dua lelaki berusia 37 dan 34 tahun ditahan sebagai penghantar. Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk lori adalah RM720,300.

Kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut