RAMPASAN PAKAIAN BUNDLE BERNILAI RM1.3 JUTA DI KELANTAN

Pada 18 Januari 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya membanteras aktiviti penyeludupan pakaian bundle di Pengkalan Kubor, Kelantan.

Tangkapan dan rampasan berlaku sekitar jam 4.30 petang semasa rondaan Op Taring WAWASAN Kelantan, apabila beberapa lelaki dilihat sedang memunggah barang dari lori ke bot di Pangkalan Haram Ular Pengkalan Kubor.

Suspek melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, meninggalkan pemandu lori.

Pemeriksaan mendapati lori tersebut mengangkut lebih 100 guni pakaian bundle tanpa dokumen sah, dipercayai untuk mengelakkan cukai Kastam.

Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan sebagai penghantar dan anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk lori adalah RM 1.3 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Komtak PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …