Apabila membeli makanan, pernah atau tidak kita perasan label “Guna Sebelum” dan “Baik Sebelum”? Nampak macam sama, tetapi sebenarnya kedua-dua ini ada maksud berbeza. Kalau salah faham, boleh jadi punca makanan dibazirkan! ❌🍞
💡 Apa maksud label ni?
- GUNA SEBELUM
👉 Tarikh terakhir untuk guna sebelum rosak. Selepas tarikh ni, makanan tidak selamat dimakan;
👉 Contoh: Produk segar seperti daging mentah, susu, atau ayam.
👉 Tips elak pembaziran: Rancang menu sebelum beli, supaya makanan sempat dihabiskan sebelum tarikh ini.
- BAIK SEBELUM
👉 Kualiti terbaik sebelum tarikh ini. Masih boleh dimakan selepas tarikh itu, asalkan bau, warna dan rasa tidak berubah;
👉 Contoh: biskut, sos dalam botol atau beras;
👉 Tips elak pembaziran: Gunakan dahulu makanan sebelum tarikh ini, supaya tidak disimpan terlalu lama.
🚫 Jangan guna label ini sebagai alasan untuk membazir. Label ini bukan menyuruh kita membuang makanan begitu sahaja, tetapi ia mengingatkan kita supaya fikir dahulu sebelum membeli. Sekiranya sudah tahu kita tidak sempat guna atau habiskan, beli dalam kuantiti kecil sahaja.
🌍 Jom kurangkan pembaziran makanan di rumah. Setiap langkah kecil yang kita buat, ada impak besar untuk alam sekitar.
Sumber: Laman Facebook Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp
Infografik dari laman KPDN