MAJLIS TVET MELAKA PERLUAS KERJASAMA INDUSTRI, BERI LEBIH BANYAK PELUANG

Jasin – Kerajaan negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka akan memperluas jaringan kerjasama dengan pihak industri bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada graduan dan belia di negeri ini.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata setakat ini lebih 30 syarikat di Melaka aktif dalam melaksanakan Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Melaka.

“Kebanyakan mereka terlibat adalah dalam industri automatif, pembuatan, elektrik dan elektronik (E&E) serta kenderaan elektrik (EV).

“Namun usaha ini akan diperluaskan dalam bidang lain seperti industri pemakanan dan farmaseutikal yang banyak terdapat di negeri ini,” katanya kepada pemberita di Institusi Kemahiran Mara (IKM) Jasin di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 340 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Khaidirah seterusnya berkata kerjasama itu juga bertujuan membantu mereka mendapat kemahiran baharu kerana teknologi sentiasa berubah saban tahun.

“Kita juga mahu setiap lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya tidak tercicir dan memastikan mereka masih berpeluang menyambung pelajaran walaupun bukan dalam arus perdana tetapi melalui program TVET.

“Di samping itu kita juga mahu memastikan anak kelahiran negeri Melaka memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 atau SKM 4,” katanya.

Beliau berkata ia selaras dengan usaha kerajaan negeri bagi mengembleng tenaga dalam menjadikan Melaka sebagai hab TVET negara sekali gus melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …