Tarikh Larangan
Sebelum : 27 & 28 Januari 2025
Selepas : 1 & 2 Februari 2025
KUALA LUMPUR: Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Kementerian Pengangkutan (MoT) dalam kenyataan memaklumkan larangan itu akan dikuatkuasakan pada 27 dan 28 Januari (sebelum perayaan) serta pada 1 dan 2 Februari (selepas perayaan), mengambil kira peningkatan trafik ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan bergerak pulang ke kampung halaman.
MoT berkata tujuan utama larangan itu adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.
“Selain itu, Perintah Penurunan Had Laju Kebangsaan juga akan dikuatkuasakan bersama-sama larangan pemanduan ini bermula 28 Januari hingga 2 Februari depan sepanjang pelaksanaan Op Selamat PDRM,” kata kenyataan itu.
Sumber :Jabatan Pengankutan Jalam Malaysia