PTG: SIASATAN AWAL TIADA EMAS DITEMUKAN DI LENGGENG

Siasatan awal Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Sembilan bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri mendapati tiada emas ditemukan di sekitar sungai di Lenggeng, lokasi yang didakwa melakukan aktiviti melombong emas.

Menurut Pengarah PTG negeri, Mohd Faizal Abdul Manap,  pihaknya bersama JMG dan wakil rakyat telah ke lokasi berkenaan semalam, namun tiada sebarang penemuan. Hasil siasatan itu, beberapa sampel mineral diambil bagi mendapatkan pengesahan makmal berkenaan mineral yang ada di situ.

Hasil siasatan awal mendapati tiada emas ditemukan di situ, namun pihak JMG tetap mengambil beberapa sampel di lokasi berkenaan untuk ujian lanjut di makmal bagi mendapatkan kepastian. Setakat ini hanya sebuah syarikat sahaja diberi lesen melombong emas di Gemas, namun kerja melombong masih belum bermula berikutan mereka belum lagi menerima skim pengoperasian daripada JMG.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut