SEJARAH DAN KEUNIKAN GUA BEWAH, KENYIR.

Pernahkah anda mendengar perkataan bekwoh? Bekwoh atau bewah bermaksud aktiviti kenduri-kendara dalam kalangan masyarakat pantai timur.

Tahukah anda, di Terengganu terdapat satu gua yang dinamakan Gua Bewah. Nama Gua Bewah dipercayai diambil dari perkataan ‘berbewah’ atau ‘berbekwah’ yang membawa maksud kenduri kendara yang sering dilakukan oleh masyarakat di sini suatu ketika dahulu. Ada juga dakwaan yang mengatakan nama gua bewah ini ada kaitan dengan nama Tok Bewah yang menjadi raja di kawasan ini suatu ketika dahulu.

Gua Bewah terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Terdapat beberapa gua batu kapur yang lain di sini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan.

Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar. Najis kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua kerana dapat dilihat ianya banyak mempunyai tumbuhan. Tanjung Bewah juga dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang lengkap dengan tandas, pondok wakar dan sebagainya.

–foto BERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Gua Bewah merupakan gua kedua selepas Gua Tuk Bidan yang telah tenggelam akibat pembinaan Empangan Kenyir. Gua yang berada di dalam tasik seluas 2590 km atau 260,000 hektar ini banyak menyimpan khazanah prasejarah zaman Hoabinhian. Di dalam gua ini manusia prasejarah telah mendiaminya sekitar 13,400 tahun dahulu berdasar kepada pentarikhan radiokarbon dalam tahun 2010. Di dalam gua ini pernah menjadi tempat perlindungan dan kediaman di kalangan manusia pra sejarah yang mengamalkan kehidupan primitif seperti memburu.

Penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Muzium Negeri Terengganu menemukan banyak peralatan batu zaman Hoabinhian seperti batu pelandas, batu pengetuk, batu tarahan, serpihan tembikar dan sisa makanan.

Menilai dari segi kronologi masa terbukti di Terengganu manusia zaman Hoabinhian mendahului manusia zaman Hobinhian yang tinggal di gua-gua batu kapur lain di Semenanjung Malysia. Di Gua Kecil, Kota Balai dan Gua Sagu di Pahang penempatan mereka sekitar 11,000 tahun dahulu dan Gua Cha, Kelantan sekitar 10,000 tahun dahulu.

Penyelidikan arkeologi yang dibuat menunjukan bahawa penempatan awal manusia prasejarah bermula di Gua Bewah bermula dari zaman prasejarah Hoabinhian atau Mesolitik hingga ke zaman Neolitik. Selain dari itu terdapat juga Kajian yang dibuat oleh Jabatan Geosains Terengganu mendapati Gunung Bewah amat kaya dengan fosil yang pelbagai jenis terutamanya fosil bivalvia aneh Alatochonchidea, satu-satunya yang terdapat di Asia Tenggara dan antara yang ketujuh di dunia. Sebelum ini terdapat spesis lipas gua yang tidak ditemui di kawasan lain selain daripada Gua Bewah. Kedua-dua spesis ini boleh menjadi daya tarikan yang kuat kepada orang ramai untuk melihatnya khusus pelancong luar negara.

Kawasannya merupakan laluan utama penduduk zaman silam berulang alik dari Terengganu ke Kelantan dan dari Pahang ke Terengganu menerusi Sepia atau Sat/ Tembeling. Dalam tahun 1956, R.O.D Noone, bekas Penasihat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Tanah Melayu dan Pengarah Muzium Negara pernah bermalam di kawasan ini dalam lawatan beliau ke kawasan pedalaman telah melaporkan bahawa beliau telah menemui beberapa peralatan batu yang cantik dan dipercayai pernah digunakan oleh manusia pra sejarah Zaman Batu Neolitik ( 3,000 hingga 800 S.M).

Beberapa penyelidikan dilakukan oleh pihak Jabatan Muzium Negara dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu pada tahun 1975 telah menemukan tinggalan artifak-artifak bersejarah seperti kapak batu, penggorek api, beliung batu, serpihan tembikar dan banyak lagi. Selain daripada itu mereka menjumpai rangka manusia zaman purba (zaman Neolitik) hasil kerja-kerja penggalian di muka pintu Gua Tuk Bidan.

Penggalian seterusnya dijalankan pada tahun 1996 oleh Jabatan Muzium dan Antiquiti dengan kerjasama pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Setelah itu Kerja-kerja penggalian telah diteruskan pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Ianya dijalankan dengan kerjasama ATMA Universiti Kebangsaan Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Kerja-kerja penyelidikan akan ini akan dijalankan pada masa hadapan demi merungkai lebih banyak sejarah di kawasan ini.

SUMBER : KETENGAH, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

#ADDINAHAD: TUJUH SEGERA YANG DISUKAI ALLAH SWT

Tujuh (7) Segera Yang Disukai Allah SWT Segera Bertaubat  Segera Menunaikan Solat  Segera Memberi Sedekah  Segera dalam Melakukan Kebaikan  Segera Membayar …
Maklumat Lanjut

8 BUAH TRELER SERTA KELAPA SELUDUP BERNILAI RM8.3 JUTA DITUMPASKAN PGA

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kelapa di Tumpat …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELUDUP POKOK BONZAI HITAM BERNILAI RM2.3 JUTA DI KELANTAN

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dalam …
Maklumat Lanjut