MELAKA BURU PIHAK GANTUNG KAIN RENTANG AJARAN SESAT

Pengkalan Batu – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang sebuah ajaran sesat di jejantas Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Peringgit.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia susulan tindakan itu telah membawa kepada provokasi, selain menggugat kehamonian Negeri Melaka.

“Saya memandang serius akan isu-isu ajaran sesat di negeri ini dan Kerajaan Negeri memang tidak akan berkompromi dengan apa jua ajaran sesat yang berlaku di Negeri Melaka.

“Hal-hal ini adalah satu elemen provokasi dan pada pendapat kami mungkin ada cubaan (gerakan awal) justeru itu kita akan membuat laporan polis berhubung kejadian ini.

“Di pihak JAIM dan polis kita akan membuat siasatan terperinci dan mencari siapa sebenarnya pelaku yang menggantungkan sebaran ajaran sesat seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas meninjau lokasi penggantungan kain rentang tertera tulisan ‘Abdullah Hashem Adalah Al-Mahdi Ahmadi Agama Keamanan & Cahaya’ di Peringgit yang turut dihadiri Pengarah JAIM Datuk Md. Azhan Samat.

Menurut Rahmad, penggantungan kain rentang berkait ajaran sesat pada aset kerajaan seperti itu adalah yang pertama dikesan di Melaka.

“Kita percaya kain rentang itu mungkin digantung malam tadi namun selepas dimaklumkan tentang hal itu, ia sudah diturunkan.

“Di peringkat Negeri Melaka (ajaran ini) telahpun difatwakan haram cuma ia belum diwartakan dan kita menunggu Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka yang akan datang ini,” katanya.

Jelasnya, di pihak JAIM mereka bersedia memberi bimbingan dan bantuan sekiranya individu atau pihak yang terbabit dengan ajaran sesat ingin kembali ke ajaran Islam selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut