TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT

Paya Rumputi – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk menampal iklan atau hebahan termasuk menyebarkan ajaran sesat.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu itu secara tidak langsung akan menjejaskan imej negeri Melaka yang terkenal sebagai lokasi pelancongan.

“Aset-aset kerajaan ini adalah untuk kegunaan orang awam kita tidak boleh salah guna contohnya sekiranya ingin menggantung notis atau apa sahaja tujuan sekalipun ia perlu dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

“Ini sebenarnya adalah tanggungjawab bagi semua rakyat Melaka. Saya minta kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kita menyambut Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) ini kita tidak mahu perkara-perkara seperti ini berlaku.

“Sekiranya kalau ada kita lihat atau menerima laporan tindakan segera akan diambil termasuk mencabut iklan yang digantung,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2024/2025 Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput yang turut dihadiri Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Paya Rumput Datuk Zali Mat Yasin, hari ini.

Menurut Rais, mana-mana pihak atau individu yang ingin menggunakan aset kerajaan untuk membuat hebahan menggunakan medium kain rentang atau menggantung poster ia perlu mendapat kebenaran daripada PBT terlebih dahulu.

“Kalau ada yang ingin membuat iklan atau hebahan sila minta atau memohon permit dan lesen dengan PBT. Sekiranya menepati syarat-syaratnya kita di pihak PBT tiada masalah untuk memberi kelulusan kepada pemohon,” katanya.

Terdahulu, pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) gempar apabila terdapat kain rentang putih dipercayai milik sebuah ajaran sesat digantung pada jejantas berhampiran Peringgit Jaya.

Pada kain rentang tersebut tertera tulisan ‘Abdullah Hashem Adalah Al-Mahdi Ahmadi Agama Keamanan & Cahaya’.

Pada 24 Disember tahun lalu, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …