MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT GAGAL MAKLUMKAN PERTUKARAN NAHKODA

TAHAN: Bot kargo ditahan kerana gagal memaklumkan pertukaran Nakhoda.

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot kargo kerana gagal memaklumkan pertukaran Nakhoda.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, Bot Kargo berkenaan ditahan di kedudukan lebih kurang 4.7 batu nautika barat laut Tanjung Kubong Pulau Banggi, Kudat sekitar pukul 5.30 petang.

Katanya, operasi dilaksanakan hasil maklumat pengesanan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu gagal memaklumkan pertukaran nakhoda kepada pihak berkuasa.

“Turut diperiksa, dua individu warga Filipina berumur lingkungan 31 tahun dan 24 tahun yang mengendalikan bot berkenaan.

“Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri daripada Unit Penempatan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri , Sabah (Resit Pengenalan Sementara),” katanya.

Beliau berkata, kru bersama bot seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal memaklumkan pertukaran Nakhoda.

“Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk terus melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut