KETUA PENOLONG PENGARAH SEBUAH AGENSI DIDAKWA GUNA DOKUMEN PALSU

PALSU: Tertuduh pertama diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Khas Rasuah, di sini.

KOTA KINABALU: Seorang Ketua Penolong Pengarah sebuah agensi kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah, di sini atas 42 pertuduhan menggunakan dokumen palsu pada 2018 hingga 2019 yang membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM138,295.

Tertuduh berumur 53 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Pengakuan sama turut diberikan seorang lagi kakitangan kerajaan berumur 47 tahun yang didakwa bersama tertuduh.

Mengikut 27 pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh mencapai niat bersama menggunakan dokumen palsu membekalkan makan dan minum program milik sebuah syarikat untuk mengadakan program di Tawau.

Kesemua perbuatan bermula 2018 sehingga 2019 itu membabitkan nilai sebanyak RM92,070 dan melanggar Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 Kanun yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Bagi 14 pertuduhan lain, bekas pengarah itu bersubahat dengan mengambil bahagian bersama menggunakan dokumen palsu bagi tujuan mendapatkan pembayaran tuntutan program dengan membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM46,225.

Untuk kesalahan ini, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun yang sama dibaca bersama Seksyen 109 Kanun yang sama.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM 30,000 dengan deposit RM 4,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin yang bekerja tetap dan beralamat tetap.

Tertuduh juga dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM yang terdekat setiap dua bulan sekali dan passport antarabangsa dan passport terhad hendaklah diserah kepada Mahkamah.

Pada masa sama, tertuduh juga tidak boleh mengganggu saksi kes ini dan proses perbicaraan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …