LARI ELAK DIPERIKSA RUPANYA POSITIF DADAH, MILIKI ALAT PECAH RUMAH

Polis menahan tiga lelaki selepas didapati positif dadah selain disyaki memiliki barangan pecah rumah dan curi kabel elektrik di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lenggeng di sini pada awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, kejadian jam 4.30 pagi itu berlaku ketika anggota polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Jalan Tasik Senangin 6, Lenggeng.

Sebuah kenderaan di lokasi berada dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki tiga lelaki berusia 30-an sebelum diarahkan untuk berhenti di bahu jalan bagi tujuan pemeriksaan. Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri sejauh lebih kurang dua kilometer dan berjaya ditahan di hadapan sekolah berkenaan.  Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik.

Pihak polis telah merampas sebuah kenderaan, tiga alat pemotong kabel, dua bilah pisau, pemutar skru, besi kuku kambing, besi pencungkil, dua batang besi, kunci pembuka lurang dan peralatan disyaki digunakan untuk menghisap dadah. Ketiga-tiga suspek turut dijalankan ujian air kencing dan dapati positif dadah jenis methamphetamine, suspek kini direman selama empat hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual 1958, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7902222.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut